Abstrak
Kajian penyelidikan wajib melibatkan kaedah metodologi yang menggunakan proses perancangan, proses applikasi, dan proses analisis. Kajian literatur dijalankan bertujuan untuk menghuraikan perkaitan tentang kawasan sampel, saiz sampel, dan penentuan pengukuran skala. Saiz sampel boleh ditentukan melalui formula (atau persamaan). Apabila saiz sampel diapplikasikan dalam kawasan sampel, persampelan kebarangkalian dan bukan kebarangkalian akan terlibat dalam menentukan kuantiti dan kualiti pengutipan data-data untuk penyelidikan. Persampelan kebarangkalian dibahagikan kepada rawak mudah, sistematik, rawak berlapis, kawasan pelbagai lapisan, dan kelompok; manakala persampelan bukan kebarangkalian pula ialah secara kebetulan, bertujuan, kuota, bola salji, dimensional, kes kritikal, dan variasi maksimum. Kemudian, pengukuran skala dapat ditentukan melalui nominal, ordinal selang dan nisbah ke dalam soal selidik atau temu bual, dimana keempat-empat skala ini akanmenentukan pengukuran khas seperti skala Likert, skala Thurstone, skala Guttman, dan skala perbezaan prosedur Semantik dalam menjalankan sesuatu analisis kajian. Oleh itu, saiz sampel dan kawasan sampel, serta penentuan pengukuran skala penting dalam kaedah metodologi bagi melancarkan dan mempercepatkan proses pengutipan dan pengumpulan data.
Kata Kunci: penyelidikan, metodologi, saiz sampel, persampelan, skala
Abstract
Methodology is compulsory in research study that involve with the process of design, application, and analysis. The literature review was conducted to describe the relationship of sampling area, sample size, and determination of the measurement scale. The sample size can be determined through formula (or equation). When sample size are applied in sampling area, probability and non probability sampling will be involve in determining the quantity and quality of data collection for research. Random probability sampling is divided into simple random, systematic, stages random, various stages random, and grouping; while non-probability sampling can be divided into chance, aimed, quota, snowball, dimensional, critical normal, ordinal interval and ratio in questionnaire or interview, which all four scales will be determine measurements such as Likert scale, Thurstone scale, Guttman scale, and the difference procedures of Sematics scale in carrying out an analysis research. Therefore, the sample size and sampling area, and also the choice of measurement scale is important in the methodology for smoothing and accelerating the process of collecting and gathering data.
Keywords: research, methodology, sample size, sampling, scale
Citation of Article:
Hua, A.K. (2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Komprehensif. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1(4), 42-52.
Pengenalan
Kajian penyelidikan dilakukan untuk menyelesaikan isu dan masalah yang berkaitan dengan komuniti dan masyarakat. Kebanyakan isu dan masalah ini berkait dengan eknonomi, politik, budaya dan sosial, dan sebagainya, serta termasuk alam sekitar yang mengalami kemusnahan dan kerosakan yang terlampau ekstrem (Hua and Marsuki, 2014). Salah satu contoh yang dapat dibuktikan adalah pencemaran air yang berlaku di dalam sungai Melaka (Hua, 2014). Pencemaran sungai akan menjejaskan kualiti kehidupan manusia melalui penyebaran penyakit berjangkit, sebaran bau cemar, menjejaskan penglihatan, dan sebagainya; malahan merosakkan alam sekitar darisegi meracuni, membunuh, dan meyebabkan kepupusan kepada hidupan akuatik, serta menjejaskan kualiti nutrien tanah dan pokok-pokok atau tanaman (Hua, 2015). Walau bagaimanapun, proses metodologi dalam menjalankan kajian penyelidikan memainkan peranan penting sebelum menghasilkan keputusan dan informasi dalam mengenali faktor, punca, kesan dan langkah-langkah sebelum ianya membawa kepada keberjayaan mencapai objektif serta menyelesaikan masalah masyarakat.
Kajian penyelidikan yang dijalankan wajib melalui proses metodologi yang tepat dan jitu. Proses metodologi boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu proses perancangan, proses aplikasi, dan proses analisis (Hua, 2016a). Proses perancangan boleh melibatkan kepada permulaan, persiapan, pengajuan usul, evaluasi, dan tindakan; manakala proses aplikasi pula adalah berkaitan dengan kaedah pengumpulan data, pemilihan sampel, dan ujian rintis; dan akhir sekali adalah proses analisis yang memperlihatkan kepada proses menghasilkan keputusan atau informasi melalui pengutipan dan pengumpulan data yang telah dilakukan (tanpa melakukan sebarang kesilapan darisegi format dan taknikal) dengan menjalankan analisis-analisis yang sesuai berpandukan kepada objektif kajian. Kajian literatur yang dijalankan oleh Hua (2016a & 2016b) dalam kaedah metodologi, telah menghuraikan dan menjelaskan tentang kaedah kualitatif dan keadah kuantitatif dengan data primer dan data sekunder, serta reka bentuk kajian penyelidikan yang dikategorikan kepada eksperimental dan bukan eksperimental dengan kesesuaian dan ketepatan untuk digunakan dalam kaedah metodologi. Namun, kaedah metodologi tidak dapat dilakukan dalam mendapatkan keputusan dan jawapan yang tepat dan jitu dengan tidak membuat penentuan dalam kawasan sampel, saiz sampel, dan penentuan skala dalam soal selidik. Oleh itu, kajian literatur ini dijalankan dengan berpandukan kepada rangka kerja metodologi yang menghuraikan perkaitan tentang kawasan sampel, saiz sampel, dan penentuan skala dalam soal selidik.
Merujuk kepada maklumat umum, kawasan sampel berkait rapat dengan sampel saiz, dimana penentuan sampel saiz akan memberi gambaran kepada kawasan sampel yang akan diapplikasikan untuk mengutip data. Penentuan sampel saiz boleh dikategorikan kepada kebarangkalian dan bukan kebarangkalian (Chua, 2011). Persampelan kebarangkalian boleh dibahagikan kepada rawak mudah, sistematik, rawak berlapis, kawasan pelbagai lapisan, dan kelompok; manakala persampelan bukan kebarangkalian pula boleh dikategorikan kepada secara kebetulan, bertujuan, kuota, bola salji, dimensional, kes kritikal, dan variasi maksimum (Chua, 2011). Disamping itu, penggunaan skala boleh dikategorikan kepada tiga bentuk, iaitu skala nominal, skala ordinal, dan skala nisbah dengan nisbah selang (Chua, 2011). Kebiasaanya, ketiga-tiga skala ini diapplikasikan ke dalam sistem perkakas seperti SPSS (Statistical Package for Social Science) dengan merujuk kepada soal selidik yang telah ditetapkan. Namun, ketiga skala ini boleh disenarai dalam skala pengukuran khas seperti skala Likert (Likert, 1932), skala Thurstone (Thurstone, 1927), skala Guttman (Guttman, 1940), dan skala perbezaan prosedur semantik (Osgood, 1957). Oleh itu, penerangan dan pendedahan terhadap sampel saiz dengan kawasan sampel dan penggunaan skala dalam soal selidik akan dijalankan dengan lebih teliti dalam tajuk perbincangan.
Perbincangan
Sampel saiz bagi kajian penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kualitatif dan kuantitatif (Chua, 2011). Dalam kualitatif, saiz sampel sebanyak 5 subjek boleh diterima untuk data demografi yang sama (Chua, 2011). Namun jika terdapat demografi berlainan, maka saiz sampel harus diperbesarkan sehingga 15 atau 30 subjek (Bertaux, 1981; Guest et al, 2006). Keadaan adalah berbeza bagi kuantitatif, dimana penentuan saiz sampel bagi sesuatu kajian penyelidikan akan berpandukan kepada pengiraan menggunakan formula seperti berikut (Godden, 2004);
𝑆𝑆 = 𝑍2𝑃(1 − 𝑃)/𝐶2 (1)
dimana Z bermaksud dimana 90% aras keyakinan ialah 1.645, 95% aras keyakinan ialah 1.96, 99% aras keyakinan ialah 2.576; P bermaksud populasi dipilih secara rawak, dinyatakan dalam titik perpuluhan; C bermaksud selang keyakinan, dinyatakan dalam titik perpuluhaan dimana contohnya 0.04 = +/- 4 point peratusan; SS bermaksud sampel saiz.
Sebagai contohnya, populasi adalah melebihi 50,000 orang;
SS = {[(1.96)2 x (0.5) x (1-0.5)] ÷ 0.042}
= 600
Jika jumlah populasi adalah kurang daripada 50,000 orang (contohnya populasi atau (pop) ialah 4,300 orang), maka pengiraannya adalah seperti berikut;
SSbaru = SS ÷ {1 + [(SS – 1) ÷ Pop]}
= 600 ÷ {1 + [(600 – 1) ÷ 4300]}
= 527
Beberapa pakar juga menyatakan pendapat masing-masing dalam memudahkan penentuan sampel saiz, contohnya Krejcie dan Morgan (1970), dan Cohen et al (2001). Dalam kajian Krejcie dan Morgan (1970), satu jadual telah diperkenalkan dengan merujuk kepada jumlah populasi penduduk dalam menentukan sampel saiz (rajah 1). Jumlah sampel saiz yang paling sesuai untuk membantu dalam mengutip data adalah sebanyak 370 dengan jumlah populasi sebanyak 10 000 orang. Namun bagi Cohen et al(2001), pengiraan sampel saiz wajib mengambil kira aras signifikansi dan ralat persampelan, dimana kesignifikansi pada p < 0.05 (aras kebolehpercayaan ialah 95%) atau p < 0.01 (aras kebolehpercayaan ialah 99%). Penentuan sampel saiz dalam Cohen et al juga dinyatakan dalam jadual seperti rajah 2.
Selepas penentuan sampel saiz, persampelan kebarangkalian atau persampelan bukan kebarangkalian pula akan ditentukan bagi membantu dalam menjayakan kaedah metodologi semasa pengutipan dan pengumpulan data dengan tepat dan jitu. Kedua-dua persampelan ini boleh dinyatakan dalam jadual 1 dan jadual 2. Namun, penentuan sampel saiz dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti jenis kajian (kajian deskriptif atau kajian kuantitatif-subjek banyak; kajian inferensi atau kajian kualitatif-subjek sedikit), jenis populasi (homogenus-saiz sampel kecil; heterogenus-saiz sampel besar), perbelanjaan (masa, kos, bilangan pengkaji, sumber-sumber lain), dan skala pengukuran (skala nominal, skala ordinal, skala selang dan nisbah) (Chua, 2011). Perkara ini amat setuju oleh Gall et al (1998) untuk meningkatkan jumlah saiz sampel apabila beberapa keadaan wujud seperti banyak variabel dalam satu kajian, perbezaan atau perhubungan kecil wujud antara variabel-variabel kajian, melibatkan skala selang dan nisbah, kewujudan sub-sampel, sampel dalam bentuk heterogenus, dan variable bersandar mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.
Penentuan skala dapat dilakukan dengan merujuk kepada objektif kajian yang ingin dicapai dengan menggunakan soal selidik, temu bual atau lain-lain. Skala pengukuran boleh dikategorikan kepada nimonal, ordinal, selang dan nisbah. Perbezaan bagi keempat-empat skala ini dapat diterangkan dalam jadual 3. Selain itu, keempat-empat skala ini boleh diapplikasikan ke dalam skala pengukuran khas yang sering digunakan oleh pengkaji, seperti yang terdapat di dalam jadual 4.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kaedah metodologi amat penting dan perlu diutamakan sebelum dan semasa kajian penyelidikan dijalankan. Hal ini kerana sedikit kesilapan dan kecuaian dalam kaedah metodologi akan menyebabkan kajian penyelidikan tersebut kurang tepat dan jitu untuk menghasilkan informasi dan maklumat bagi menyelesaikan sesuatu isu atau masalah masyarakat. Kaedah metodologi akan melibatkan proses perancangan, proses applikasi, dan proses analisis, dimana kesemua proses ini akan melibatkan konsep kuantitatif atau kualitatif, data primer atau data sekunder, reka bentuk penyelidikan melalui kajian eksperimental dan bukan eksperimental, penentuan sampel saiz dengan kawasan sampel, dan penentuan skala pengukuran. Dalam sampel saiz, ianya boleh ditentukan melalui formula, Krejcie dan Morgan (1970), serta Cohen et al(2001). Apabila sampel saiz diapplikasikan di sesuatu kawasan, maka persampelan kebarangkalian dan bukan kebarangkalian akan terlibat dalam menentukan kuantiti dan kualiti pengutipan data-data untuk penyelidikan. Selain itu, pengukuran skala seperti nominal, ordinal selang dan nisbah dalam soal selidik atau temu bual juga harus diberi perhatian kerana keempatempat skala ini akan menentukan pengukuran khas dalam menjalankan sesuatu analisis kajian. Oleh itu, kajian literatur ini mencapai objektif dalam menyatakan, menerangkan, dan menghuraikan kajian penyelidikan dalam kaedah metodologi.
Rujukan
Bertaux, D. (1981). From the life-history approach to the transformation of sociological practice.In Daniel Bertaux (Ed.), Biography and society: The life history approach in the social sciences (pp.29-45). London: Sage.
Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. McgrawHill Education.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2001). Research methods in education (5th ed.). London: Routledge Falmer.
Gall, M.G., Borg, W.B., & Gall, J.P. (1998). Applying educational research. New York: Longman Publishing Group.
Godden, B. (2004). Sample size calculation.
Guest, G., Bunce, A. and Johnson, L. (2006). "How many interviews are enough? An experiment with data saturation and variability". Field Methods, 18(1), 59-82.
Guttman, L. (1940). Multiple rectilinear prediction and the resolution into components.Psychometrika. 5(2), 75-99.
Hua, A.K. and Marsuki, M.Z. (2014). Public perception towards environmental awareness. Case study: Malacca River. International Journal of Academic Research inEnvironment and Geography. 1(2), 53-61.
Hua, A.K. (2014). Sungai Melaka dan Pelan Pembangunan Sumber Air negeri: kajian kes persepsi warga tempatan. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space.10(6), 57-65.
Hua, A.K. (June 2015). An Indication of Policy Study towards Water Resource in Malacca State: A Case Study of Malacca River, Malaysia. International Research Journal of Social Sciences. 4(6), 15-20.
Hua, A.K. (2016a). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Kes. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 1(1), 17-23.
Hua, A.K. (2016b). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 1(2), 17-24.
Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.Educational and Psychological Measurement. 30, 608.
Likert, R. (1932). A technique for the measurement of attitudes. Archives of psychology.
Osgood, C.E. (1957). A behavioristic analysis of perception and language as cognitive phenomena. Contemporary approaches to cognition. 75-118.
Thurstone, L.L. (1927). A law of comparative judgement. Psychological review. 34(4),
273.